Friday

Fakta Hubungan Suami Isteri

* Apa yang sering orang lupa terutamanya wanita ialah seks untuk kesihatan. Seks bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu. tetapi kepada lelaki, seks dapat menyihatkan tubuh badan. Lebih kerap melakukan hubungan seks, semakin sihatlah lelaki itu.

* Mengikut kajian, semasa melakukan hubungan seks, sebanyak 85 hingga 200 kalori akan terbakar dalam tempoh 20 minit. Tulang dan otot akan semakin kuat. Ini kerana seks membantu mengeluarkan hormone testosterone. Ini fakta yang sering isteri selalu lupa.

* Bayangkan sahaja semasa kemuncaknya, bukan sahaja minda tetapi otot dan kekuatan lelaki akan bertumpu. Aktiviti apakah yang dapat mengumpulkan tumpuan dan kekuatan lelaki sehebat ini?Ramai menyebut analogi bom meletup pun tidak dihirau apatah lagi anak menangis. Sebab itu ramai bersetuju bahawa antara rahsia mengawal lelaki adalah dengan mengawal seks mereka. Ini yang isteri selalu lupa.

* Pengeluaran testosterone juga menjadi penentu agar tenaga terus terjaga dan meningkat. Bila melihat lelaki lesu pada pagi hari, tentu sekali maksudnya bukan kerana ‘overdose’ tetapi kurang dos.

* Seks teratur (maksudnya tidak berlebihan) turut dapat meningkatkan immunoglobulin A –antibodi penting untuk system kekebalan badan. Fakta lain yang juga menarik ialah hubungan seks sekali atau dua kali seminggu dapat membantu mencegah selsema.

* Hormon serotonin yang dilepaskan semasa ejakulasi juga dapat mengurangkan sakit kepala dan leher. Justeru, kalau suami selalu mengadu sakit kepala atau leher, isteri perlu cepat-cepat ‘mengubatinya’.

* Ejakulasi secara teratur dapat mengurangkan risiko barah prostat yang banyak dialami oleh lelaki setengah baya. Beberapa kajian mendedahkan lelaki yang mampu ejakulasi secara teratur mampu mengurangkan 30 peratus risiko barah prostat.

dan yang paling penting .....

* Ejakulasi seks pada malam hari dapat membantu lelaki supaya mudah tidur.

Thursday

11 fakta tentang “RAHSIA ANGKA 11 dan Tragedi 9/11

1. Nama ‘NEW YORK CITY’ terbina dari 11 huruf & Nama ‘AFGHANISTAN’ juga terbina dari 11 huruf


2. Nama pengganas yang pernah membuat ugutan untuk menyerang Menara Berkembar (NY Twin Towers) pada tahun 1995 adah ‘Ramsin Yuseb’. Nama ini terbina dari 11 huruf. Nama ‘GEORGE W BUSH’ juga terbina dari 11 huruf.


3. New York adalah negeri ke 11 bagi Negara US


4. Kapal terbang pertama yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 11. (flight number 11). Kapal terbang ini membawa 92 penumpang. 9 + 2 = 11


5. Kapal terbang kedua yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 77 (flight number 77). Pesawat ini membawa 65 penumpang. 6 + 5 = 11


6. Tragedi ini berlaku pada 11hb September. Ia juga dikenali dengan peristiwa 9/11. 9 + 1+ 1 =11. Fakta angka (tarikh) 9/11 ini menyerupai nombor kecemasan Negara US iaitu ‘Rescue 911’


7. Jumlah semua mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut ialah 254 orang. Maka, 2+5+4=11.


8. 11 September adalah hari yang ke-254 dalam setahun kalendar. Maka, 2+5+4=11


9. Peristiwa pengeboman besar yang berlaku selepas daripada insiden Twin Towers New York City ialah di Madrid pada 3/11/2004. Maka, 3+1+1+2+0+0+4=11


10. Tragedi di Madrid ini berlaku 911 hari selepas tragedi ‘9/11’ di New York


11. Menurut fakta Bangunan ‘Twin Towers’ ini dikatakan mempunyai 110 tingkat. Apabila disemak di dalam AlQuran, pada ; Surah ke 9 adalah surah AL-TAUBAH (surah ini tidak dimulakan bacaannya dengan kalam Bismillah). Surah ini ada 129 ayat. Dari ayat 1 hingga 93 ia berada di Juzu’ ke 10 dalam Al-Quran, manakala seterusnya dari ayat 94 hingga akhir (129) – ia berada di Juzu’ ke 11 dalam Al-Quran.


Apabila disemak pada surah ini (surah 9), juzu’ ke 11 & ayat ke 110, kita akan bertemu dengan cerita BANGUNAN (mula dari ayat 109-110) iaitu:


(109) Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu lebih baik, atau orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.


(110) Bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi penyebab keraguan dalam hati mereka, sampai hati mereka hancur. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.