Al-Fatihah utk rasulullah dan para sahabat baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal alamin.
1. Bila Ibubapa anda masih belum
MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan
membantu menunaikan hajat & impian mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku
pun tak ade duit"
2. Bila Ibubapa anda perlukan duit
untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air,
siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku
pun tak cukup makan."
3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa
yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita
hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2
dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah
keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata,"aku
ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."
4. Bila Ibubapa anda bersedih
kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk
mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian
ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika
sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam
kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"aku
bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."
5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan
meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya?
Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup
wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata,"aku
bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu
aku tengah sibuk sangat."
6. Bila Ibubapa anda sudah tidak
mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa
kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan
yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka
terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba
giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi
SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10
orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"aku
sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."
7. Bila Ibubapa anda meminta duit
untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa
sebarang alasan?
Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita,
kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu
ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana
ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah
saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih
hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita
kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...
Buktikan!!! Biarpun 100 orang,
1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2
NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum
mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat
yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!
MAKA MARILAH KITA
MENILAI DIRI SENDIRI....
No comments:
Post a Comment