SEORANG yang
berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.
Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi
ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas.
Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau
terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah
sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100
pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk
menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak
sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia
hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia
dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur
basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1.
Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa
Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang
yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati
malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke
tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum
tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada
kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka
fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke
kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh
diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau
pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan
sebelum tidur....
INSYAALLAH MARILAH BERSAMA KITA AMALKAN
No comments:
Post a Comment